Monday, 25 April 2016

UUM Story










  



masa zaman sekolah, aku telah dimomokkan dengan satu teori konspirasi, "JANGAN MASUK UUM, JAUH. SUSAH SITU, DALAM HUTAN". secara logiknya, teori itu masih terbang dan berlegar2 di atas bumbung kebanyakan sekolah sampailah sekarang.
sekarang orang kenal UUM dengan banyak nama ..
: Universiti Utara Malaysia
: Universiti Pengurusan Terkemuka
: Universiti di Rimba Hijau
2012 masa mula2 daftar sini i was like, "hutan abah dieee". apa yang kurang kat UUM? cuba sebut. untuk bersangka baik dengan teori konspirasi tu, aku anggap teori tu digunakan untuk tahun2 pertama penubuhan UUM. yelah dulu apa ada? nak mandi pun susah, jalan berdebu tanah merah, kedai makan roundabout pun tak bukak lagi.
apa ada dalam UUM sekarang? *tengok gambar
0. Anjung Tamu / Welcoming Centre (Monumen baru kat entrance)
1. Masjid Sultan Badlishah (fasiliti setaraf masjid negeri)
2. Bangunan Akademik
3. Perpustakaan Sultanah Bahiyah
4. Stadium UUM (balapan, padang, seat teres, seat berbumbung)
5. Kompleks Sukan
6. Kolam Renang (saiz Olimpik)
7. Pusat Ekuin
8. Litar Gokart (pertama di dunia dalam kampus)
9. Gimnasium (tertutup 2, terbuka 4)
10. Padang Golf (dalam kampus, 18 lubang)
11. Taman Rusa
12. Ostrich Farm
13. Lapang sasar menembak dan memanah
14. Kem PLKN Sintok
15. Tasik MAS dan Tasik Guthrie
16. 15 Dewan Penginapan Pelajar (untuk 20 ribu pelajar)
17. Hotel EDC UUM
18. Hotel University Inn
19. Varsity Mall (Pejabat Bank Islam, BSN, P. Pos, Food Court, Shoplots)
20. U-Assist Centre (macam UTC/RTC)
21. UUM International School (beroperasi Mac 2015)
22. Taman Botani
23. Cactus House (Sebelah DMAS)
24. Trek Puncak Vista (boleh nampak whole UUM)
25. UUM Jungle Trail [sebelah Kem PLKN] (fitness training, offroad bike)
26. Pusat Kesihatan Universiti (Hospital dalam kampus)
UUM universiti 4 musim. setiap April, UUM ada musim bunga dan musim luruh. i named that, Winter Sintoknata. grin emoticon masa ni boleh tengok kampus warna merah, ungu, oren, kuning, pink, putih. setiap Februari, musim panas melampau. padang golf bertukar terus jai rumput2 kering. dan musim sejuk, setiap malam. terutama di Laluan C (DPP YAB dan Muamalat) dan Bukit Kachi : Laluan D (DPP Bank Rakyat dan SME Bank).
bercakap pasal student, UUM terima student dari seluruh dunia untuk degree, Master dan PHD. tengok dari mata kasar, populasi dalam UUM : pertama Malaysian, kedua Indonesian, ketiga African/Arab, keempat Eropah dan seterusnya. Pensyarah pun dari macam2 negara.
sistem bas shuttle UUM antara yang terbaik dalam IPT Malaysia. bermula seawal 7 pagi sehingga 12 tengah malam. dan bas banyak sangat. untuk ke Pekan Changlun juga disediakan bas dari Kampus / Bukit Kachi dan paling penting... PERCUMA!!
dan sekarang dah boleh naik trem/mini train untuk campus tour dalam UUM.
sini banyak masalah? tak payah la cerita soal birokrasi. kedai makan dalam kampung pun ada birokrasi. kita kat sini order awal, awek meja hujung dapat makan dulu. kita jadi student, rajin2kan diri masuk pejabat. bukan nak tunjuk ko orang besar, tapi biar kenal ragam orang. ragam staff, pegawai dengan bos2 nya sekali. jadi sebelum kita ditwist, kita twist dorang dulu. ada pengalaman, berani cakap. kakaka tak salah pun, pasal apa? benda tu sebenarnya boleh je buat, tapi macam2 alasan pulak bagi. mungkin selamat untuk tak mention jabatan2 mana supaya tidak dipanggil masuk pejabat UK. hek
sini makanan pun murah. pandai pilih kedai je. mana nak dapat lagi air 80/90 sen? dalam UUM ada. (pakcik cafe lego)
Varsity Mall tu macam Aman Central dalam UUM. sekarang Magna Hartamas tengah renovate untuk pembesaran, kos 7.7million. nanti dah siap, akan ada macam2 branded outlet dan shoplots. MCD, Timberland, KFC, 7E, UNIQLO, DUNKIN DONNUT, AL IKHSAN, SECRET RECIPE, MYDIN, APPLE LEVI'S) dan banyak lagi. dan UUM akan jadi IPT pertama yang ada kompleks perniagaan termoden dalam kampus. bangga sikit noh. lagipun, student jugak diberi peluang kalau nak bukak shoplot dan berniaga sekali. ada kuota untuk student. (boleh search di Fb : Varsity Mall kalau nak tau design baru Vmall UUM.


boring dalam UUM? weekend keluar lah tengok dunia. ramai student UUM buat pakej travel&tour. Langkawi / Krabi / Hatyai / Songkhla / Spore / Bali. pilih je. tak pun sewa kereta. rate sini murah, sejam rm5 je. 
WIFI UUM paling laju untuk IPTA/IPTS Malaysia. dan boleh connect sampai pekan Changlun.*walaupun kat dalam kampus ada certain tempat krik2 grin emoticon
kata VC UUM, UUM akan jadi Harvard Timur. sama2 doakan, sama2 jalankan tanggungjawab masing2 supaya misi ni tercapai. smile emotico kot lah nanti dah kawen teringin hantar anak sini jugak kan? tongue emoticon

-UUM terlalu besar, satelit je mampu rakam imej penuh-

p/s : This post credit to Wan Ameer (facebook)


No comments:

Post a Comment